Strategi Daya Tindak Mangsa Banjir dalam Kalangan Wanita

Md Akhir, Noremy and Azman, Azlinda and Fahrudin, Adi (2021) Strategi Daya Tindak Mangsa Banjir dalam Kalangan Wanita. In: Psikologi Wanita di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Kuala Lumpur, pp. 127-139. ISBN 978-967-251-277-6

[img] Text
BAB BUKU Noremy et al 2021 (Psikologi Wanita di Malaysia).pdf

Download (4MB)

Abstract

Salah satu bencana alam yang kerap kali berlaku di Malaysia adalah banjir yang kerap melanda negara pantai timur seperti Kelantan. Kesan psikologikal kepada mangsa banjir ini memberi impak yang berbeza terhadap kefungsian kognitif (mental), afektif (emosi) dan tingkah laku khususnya terhadap golongan wanita. Masalah psikologikal yang dialami oleh mangsa banjir boleh dilihat melalui tindak balas mental, emosi dan tingkah laku yang ditunjukkan. Oleh itu, terdapat empat strategi daya tindak utama yang digunakan oleh mangsa banjir dalam kalangan wanita iaitu strategi daya tindak berfokuskan masalah, daya tindak berfokuskan emosi, daya tindak berasaskan keagamaan dan daya tindak maladaptif. Mangsa banjir dalam kalangan wanita yang menggunakan strategi daya tindak yang berkesan seperti daya tindak berfokuskan masalah, berfokuskan emosi dan daya tindak berasaskan agama secara positif telah meningkatkan daya tahan dan seterusnya membantu mereka dalam mencapai kesejahteraan fizikal dan psikososial selepas banjir. Walau bagaimanapun, mereka yang menggunakan strategi daya tindak maladaptif dan daya tindak berasaskan pendekatan agama secara negatif dilihat mempunyai ciri daya tahan yang rendah dan seterusnya mengalami ketidakfungsian sosial serta menganggu kesejahteraan hidup selepas banjir.

Item Type: Book Section
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Social and Political Sciences > S1 Social Welfare Science / Ilmu Kesejahteraan Sosial
Depositing User: Prof Dr Adi Fahrudin
Date Deposited: 25 Dec 2021 13:19
Last Modified: 25 Dec 2021 13:19
URI: http://repository.umj.ac.id/id/eprint/7127

Actions (login required)

View Item View Item